fbpx

Penerbit Eksekutif Akui Niezam Zaidi Ditahan Kes Dadah

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam satu serbuan di Kuala Kangsar, Perak pada Ahad lalu kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Pelbagai spekulasi timbul di media sosial mengenai pelakon yang ditahan sehingga ada yang memetik nama pelakon Niezam Zaidi, malah tersebar maklumat namanya ditangkap di WhatsApp.

BACA: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah

Memetik laporan mStar, produksi sebuah telefilem tidak tidak bertanggungjawab dengan penahanan pelakon itu serta dua kru kerana kesalahan yang dilakukan adalah bersifat pribadi.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata penggambaran di Kuala Kansar itu sudah berakhir Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur, kecuali Niezam yang sudah selesai penggambaran.

“Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay,” katanya.

Kata Syafiqa lagi, dia dimaklumkan mengenai penahanan tiga indiviu itu pada Ahad lalu, namun tidak dapat mengulas kerana ia masih dalam siasatan polis.

Dalam pada itu, pihak produksi memandang serius kejadian itu serta mengambil tindakan dengan menggantikan pengarah lain.

“Mereka masih dalam tahanan bagi membantu siasatan. Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terbaharu yang boleh dikongsi,” katanya.