fbpx

Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah

Pelakon lelaki berusia 29 tahun, pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar semalam kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Memetik laporan Harian Metr0, ketiga mereka ditahan dalam bilik berasingan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol. Manakala, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.