Walaupun terdahulu memilih untuk enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai keretakan ‘hubungan’ mereka, namun dalam sebuah laporan lain Neelofa mengakui bahawa Fattah Amin sebenarnya telah kantoi mempunyai hubungan cinta dengan perempuan lain. Oleh kerana cinta baru saja berputik, Neelofa menjelaskan bahawa dirinya tidak terlalu kecewa dengan kejadian itu.
BACA: Fattah Amin Curang Dengan Neelofa?
“Saya pun baru menyedari dan mengetahui tentang perkara ini. Apa yang saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu. Mujur saya jenis yang cepat move on dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu”
“Saya tak nafikan perkara itu, cuma buat masa sekarang tak adil sekiranya saya memberikan kenyataan tanpa kehadiran Fattah. Bukan apa, saya tak mahu kenyataan ini nanti melukakan hati pihak lain. Saya sendiri fobia dalam memberikan kenyataan. Dalam perkara ini saya tahu Fattah ada jawapannya,” jelasnya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, nama Tania Hudson telah dikaitkan dalam keretakan hubungan cinta antara Neelofa dan Fattah selepas bayangan seorang pelakon berdarah kacukan diberikan oleh Neelofa. Bagaimanapun, Tania menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan itu sekadar kawan selain sudah tidak berhubung sejak bergandingan dalam drama terdahulu.
Biapun sebelum ini Neelofa dan Fattah tidak pernah menyatakan secara jelas hubungan yang terjalin diantara mereka namun kontroversi ini seakan menjawab persoalan semua orang yang memang ingin melihat mereka bersama. Apapun, buat masa ini Fattah masih belum memberikan komen berhubung perkara ini. Sama-samalah nantikan penjelasan beliau nanti. (rkty/w)