Pendakwah Minta Ellie Suriaty Amalkan Baca Petikan Yasin Untuk Cepat Bertemu Jodoh
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty berkata dia tidak menolak seandainya kembali bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai suatu hari nanti.
Memetik mStar Online, Ellie berkata dia turut memohon doa agar dipertemukan dengan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup.
BACA: “Semoga Dia Jumpa Wanita Lebih Baik Daripada Saya” – Ellie Suriaty
View this post on Instagram
“Belum lagi (berkahwin). InsyaAllah doanya,” katanya.
Difahamkan, Ellie berkongsikan mengenai perkara itu selepas ditanya tentang jodoh menerusi sebuah video yang dimuat naik personaliti dakwah, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di media sosial miliknya.
Menerusi video itu, pendakwah itu sempat berkongsikan petikan doa yang boleh diamalkan untuk segera bertemu jodoh kepada Ellie.
Kata Asmawi, potongan ayat daripada surah Yasin, ayat ke-36 adalah salah satu doa cara untuk dapatkan jodoh yang baik dengan izin Allah. Ujarnya lagi, ayat tersebut boleh diamalkan setiap hari dengan membaca sebanyak 33 kali.
Terdahulu, Ellie pernah berkahwin dengan Azri Iskandar pada 2003 namun bercerai selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak, Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah.
- SUMBER
- mStar Online
Bukan aku nak katalah. Tapi banyak berubah betul Ellie ni. Dulu okay lah jugak. Tapi sekarang, dah nampak macam makcik kampung betul.
Kalau tak kaya, aku rasa payah benarlah nak dapat jodoh. Melainkan mamat yang tak ada apa-apa.
Jodoh tahi da tua2 fikir akhirat saja Bodo punya pendakwah mkn tahi ke?
Ellie ni sesuai bebenor dgn bekas tunang anju tu. Tua sama tua.
Ellie kalau jaga solat, mesti muka ada seri..
Kurus da Elly. mohon share tips kami gemuk x kurus2 lg ni
Astaghfirullahal adzhim. Jagalah perkataan kita krn ramai yg dicampak ke neraka krn perkataan yg tidak dijaga. Berkatalah yg baik atua diam, iti tanda keimanan kita kpd Allah & hari Akhirat. Wallahua’lam.
Saya diam saje..