fbpx

Fuhh, bercakap bab memilih ciri-ciri kekasih ni memang takkan pernah habis. Ada sahaja ciri yang akan menjadi idaman hati meskipun telah berjumpa dengan insan yang betul. Yalah anda mesti mahukan kekasih yang tampan wajahnya, bergaya dari segi penampilan dan mempunyai kekuatan dalaman yang dapat melindungi kita sebagai kekasih hati.

Tapi siapa tak mahu yang perfect bukan? Ni ha kami nak bagi tahu ada satu pelancaran ‘kekasih hati’ sedang dijalan siap boleh dapat free gift lagi. Yang penting anda tak perlu tunggu lama-lama sebab ‘kekasih’ ini bakal ada ramai peminat. Bila anda tengok sahaja terus grab. Ingat tahu terus grab.

\

‘Kekasih’ ini unit sikit sebab dia keluaran daripada HUAWEI dan cukup menawan dan canggih. ‘Kekasih’ yang kami maksudkan adalah laptop yang tip top macam boyfriend anda. Yang penting harganya hanya RM 2,499 sahaja. Lepas itu boleh jadi hak anda selama-lamanya.

Tapi jangan lupa untuk rebut hadiah percuma di beberapa lokasi terpilih bernilai RM1,287 tahu . Siapa cepat dia dapat.

HUAWEI Matebook D 15 ni confirm buat anda senang hati setiap hari. Ini antara cirinya yang bakal buat ada tersenyum sepanjang masa.

1. Penampilan Yang Menawan

Mempunyai rekaan bentuk luaran metalik dengan warna silver dan kemasan futuristik HUAWEI MateBook D 15 ini seberat 1.53kg dan ketebalannya lebih kecil dari 17mm. Sekaligus HUAWEI MateBook D 15 ini akan membuatkan anda lebih selasa kemana sahaja dengannya kerana saiznya yang sangat ringan. Boleh dikatakan ringan MateBook ni tiada tandingannya. Ala macam boyfriend anda lah hanya indah di mata anda sahaja!

Lebih menarik lagi, ciri paparan skrin FullView HD yang menjadi trend pada telefon pintar terkini, menjadikan HUAWEI turut sama membawanya kepada keluaran laptop terbaru mereka. Dengan HUAWEI MateBook D 15 ini, anda boleh melihat isi kandungan dengan sebanyak 87% pada skrin paparan penuh sekaligus memudah kerja anda dan anda dapat membuka banyak page hanya dalam satu skrin paparan sahaja.

Lebih menarik lagi, dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 16:9 bakal membuatkan anda merasai pengalaman istimewa bersama HUAWEI MateBook D 15.

2. Menyayangi dan Caring

Ini adalah elemen yang paling penting yang harus anda teliti ketika anda sedang mencari kekasih hati. Si dia haruslah seorang yang baik, caring dan mencintai anda. Begitu juga jika anda ingin memilih laptop, carilah yang tahu bagaimana untuk melindungi anda dengan:

Kamera Tersembunyi

Menyedari bahawa privasi adalah keutamaan pengguna, HUAWEI telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan kemera tersembunyi di papan kekunci F6 dan F7. Webcam tersembunyi pada papan kekunci ini akan muncul apabila turn on camera dan secara automatiknya kamera akan pop up keluar. Jadi dengan ciri ini tidak ada isu hack siber lagi di mana sebelum ini anda harus menutup kamera dengan jari atau tampalkan stiker pada kamera laptop untuk menggelakkan hack siber.

FullView Display-Blue Light Filter


HUAWEI MateBook D 15 ini turut mempunyai ciri menarik iaitu skrin HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan TÜV Rheinland certified untuk melindungi mata.

Kolaborasi Skrin Pelbagai

Siri MateBook D memperkenalkan satu set baru keupayaan kerjasama silang skrin yang dibina di oleh HUAWEI One Tap Share. Ciri baru ini membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI untuk berkongsi paparan tunggal, di mana anda boleh transfer fail antara Windows dan Android.

Yang paling menariknya, anda hanya menggunakan satu skrin sahaja iaitu skrin laptop untuk melihat, memindah mahupun menyimpan maklumat yang berada di telefon pintar HUAWEI melalui laptop ini. Terbaru, dengan ciri ini anda juga boleh menjawab telefon melalui skrin paparan HUAWEI MateBook D 15. Ini antara gadget yang benar-benar menajdi pilihan terbaik untuk orang anda, pelajar mahupun yang bekerja!

Fingerprint Login

Anda boleh menghidupkan dan log masuk MateBook D anda tanpa perlu memasukkan kata laluan dengan hanya menekan button power, yang berfungsi sebagai sensor cap jari. Senang dan cepat kan dengan ciri terbaru HUAWEI ni.

Pocket charger

MateBook D 15 menggunakan pengecas type C yang sama seperti pengecasan telefon pintar HUAWEI anda. Jadi mulai hari ini anda dah tak perlu susah payah bawa pengecasan laptop yang bersar gedebak dan berat tu lagi.

Tambah menarik lagi, pengecas ini menyokong perlindungan jika pengecasan anda terlalu panas dan secara automatik memotong jana kuasa bateri jika perlu untuk memastikan keselamatan.

3. Kekuatan dan Prestasi MateBook D 15 Yang Luar Biasa

Siri laptop ini dilengkapi dengan dua storan peranti iaitu 256GB SSD dan 1 TB HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan taip sebanyak 50% ke atas memori saluran tunggal.

HUAWEI MateBook D 15 ini juga dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8 yang bersepadu, prestasi yang memberangsangkan, hiburan yang luar biasa. Kiranya dengan MateBook D 15 ni semua benda boleh dilakukan hanya dengan satu gadget sahaja.

Selain itu, Matebook yang bakal menjadi kegilaan ramai ini juga turut dilengkapi dengan PCIe SSD3, dan pembungkusan sehingga 8 GB dalam dua saluran DDR4 RAM.


Amacam best tak ciri kekasih hati dari HUAWEI ni? Wany Hasrita pun dah jumpa kekasih hatinya MateBook D 15. Anda bila lagi takkan nak tengok sahaja.

Bukan sahaja pilih kekasih hati kena teliti, nak pilih laptop pun kena teliti tahu, sebab anda nak gunakan laptop dalam jangka masa yang masa. Hanya RM2,499 sahaja anda sudah boleh dapat kecanggihan yang luar biasa seperti MateBook D 15 ini.

Walaupun Apple MacBook dan laptop lain sedang hit di pasaran tapi tidak semua laptop yang berada di pasaran dapat menyediakan semua teknologi canggih ini dengan harga yang mesra bajet. Ini peluang untuk anda grab!

Jadi apa tunggu lagi, jom cepat terjah roadshow HUAWEI MateBook D 15 di IOI City Mall, Sunway Pyramid, Queenbay Mall, dan Imango Mall pada 18 Januari ini.

Jangan terlambat sebab anda juga bakal membawa pulang exclusive free gift bernilai RM1,287 serta lucky draw lagi!. Siapa tak nak kan? Jangan lupa save the date okey!

Jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat terjah roadshow terdekat dengan ada Sabtu ini. Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI untuk risik MateBook D 15.