fbpx

Pencalonan Filem Dipertikai, Pekin Ibrahim Tak Peduli

Gara-gara pencalonan filemnya dalam beberapa kategori dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dipertikai oleh sesetengah pihak, Pekin Ibrahim tidak pernah mengambil peduli akan perihal itu malah bersedia untuk dikritik supaya dapat memperbaiki seterusnya menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa hadapan.

BACA: Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London?

“Saya buat relaks sahaja dan tak kisah. Sekurang-kurangnya orang buka mata, saya ada filem juga. Ini bukan Personal tetapi ini soal industri. Kalau nak bercakap buat filem sendiri, katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media FFM28.

Sementara itu, Pekin turut berkata dia tidak menyangkakan bahawa filem Mat Moto yang juga filem sulung arahannya itu dicalonkan dan dipertandingkan dalam beberapa kategori utama.

“Saya tak sangka langsung kerana dicalonkan dan saya buat filem untuk seni dan bisnes biar dia seiring. Sekiranya berjaya ianya satu bonus,” katanya kepada Rotikaya. (rkty/h)