fbpx

Penampilan Makin Sopan, Tasha Shila Akui Mahu Berubah

Sebelum ini sangat sinonim dengan imej seksi, penampilan Tasha Shila menjadi perhatian ramai apabila dilihat lebih sopan selepas mendirikan rumah tangga dengan pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu.

Tasha berkata suaminya tidak pernah meletakkan apa-apa syatat dalam soal pemakaian, bagaimanapun sebagai seorang manusia dia sentiasa cuba untuk berubah menjadi insan lebih baik.

BACA: Peminat Suka Perubahan Tasha Shila Tampil Sopan Lepas Kahwin

“Setiap manusia sentiasa cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bagitu juga saya.

“Suami tak pernah meletakkan apa-apa syarat pun dalam berpakaian. Dia faham yang saya cukup matang untuk buat keputusan sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan kehidupannya selepas melayari bahtera rumah tangga, Tasha mengakui kehidupannya kini berubah menjadi lebih bermakna dan bahagia. Malah, mereka sentiasa melakukan apa sahaja aktiviti bersama-sama.

“Syukur Alhamdulillah, lepas kahwin saya rasa lebih bahagia berada di samping suami. Kami banyak berkongsi cerita bersama, lakukan aktiviti bersama, semuanya bersama.

“Sebelum kahwin saya hanya fikirkan diri sendiri dan keluarga sahaja, tetapi sekarang saya juga kena fikirkan tentang makan dan pakai untuk suami,” katanya.

Disoal tentang cahaya mata, Tasha berkata dia hanya berserah pada perancangan Allah SWT sama seperti jodohnya dengan suami. Katanya lagi, dia dan suami sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa dan berharap peminat mendoakan mereka.