fbpx

Peminat Suka Perubahan Tasha Shila Tampil Sopan Lepas Kahwin

Selepas bergelar isteri kepada kepada kewangan, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari lalu, ramai yang suka melihat perubahan penampilan pelakon Tasha Shila yang dilihat semakin manis dan sopan.

Melihatkan perkongsian terbaru fotonya bersama suami berpakaian sedondon hijau ketika keluar bersama, penampilannya kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan imejnya ketika di awal penglibatannya di dalam industri hiburan.

BACA: Tasha Shila & Suami Masuk Kelas Agama Selepas Kahwin

Rata-rata netizen memuji penampilannya itu dan tumpang gembira pelakon cantik itu berubah ke arah yang lebih baik selepas berkahwin. Malah,  ramai yang turut tumpang bahagia apabila melihat jelas terpancar kebahagiaan pada wajah pasangan itu.

Tasha Shila dan Muhammad Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis ringkas di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu. Pasangan ini mengikat tali pertunangan Ahad lalu selepas dua bulan berkenalan.