Satu lagi berita baik yang buatkan rakyat tersenyum lebar!
Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini, moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.
Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium tersebut tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.
Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.
Jelasnya, peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Bukan itu sahaja, kemudahan ini turut ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
Ini juga tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini yang mana memerlukan peminjam memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan.
Kepada peminjam-peminjam tu dah boleh take action ya nanti. Terutamanya buat peminjam PTPTN, MARA dan JPA yang kini dibenarkan menangguhkan bayaran balik. Alhamdulillah ringan sedikit beban yang terpikul semasa lockdown ketika ini.