fbpx

Peminat Tuduh Nad Zainal Sombong, Lambaian & Senyuman Tak Dilayan

Selepas mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail, nama pelakon Nad Zainal sering menjadi perhatian apatah lagi apabila netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’.

Bagaimanapun, Nad membalas komen di Instagram menafikan bahawa dirinya hamil sebaliknya perutnya buncit selepas makan nasi.

BACA: “Cepatnya, Baru Je Kahwin” – Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Dakwa Nad Zainal Hamil?

Terbaru, kecoh pula apabila ada peminat meluahkan rasa terkilan dengan Nad yang didakwa sombong ketika terserempak dengan pelakon itu di sebuah pusat kelengkapan rumah.

Menerusi komen itu, pemintat tersebut mendakwa dia sudah melambai dan memberikan senyuman kepada Nad namun tidak diendahkan.

Bagaimanapun, Nad memohon maaf kepada peminatnya itu serta mengatakan dia memang tidak nampak ketika disapa oleh individu tersebut.