fbpx

Peminat Teruja Tengok Diana Amir Meluncur Ais Pakai Jubah, Niqab

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon dan pengacara Diana Amir. Sejak Januari lalu, pelakon itu dilihat sudah mula memakai niqab.

Bagaimanapun, Diana mengakui segan untuk berkongsi mengenai penampilannya itu serta memohon orang ramai mendoakannya yang masih lagi belajar mengenai agama.

BACA: Diana Amir Segan Mengaku Sudah Berniqab

Terbaru, perkongsian pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang beriadah meluncur ais bersama anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu dilihat kekal dengan penampilannya yang berjubah dan berniqab ketika meluncur.

Diruangan komen, Diana mengakui ini juga pertama kali dia meluncur ais dengan penampilan sebegitu serta tidak menganggu pandangannya untuk meluncur.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum serta memuji pelakon itu yang berani untuk meluncur dengan pakaian seperti itu.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan Diana seperti Elsa versi Muslimah. Kata netizen lagi, meskipun dilihat tampil bertutup namun tetap indah di mata mereka.