fbpx

Diana Amir Segan Mengaku Sudah Berniqab

Hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir dilihat sudah mula memakai niqab menerusi perkongsian terbarunya di Instagram.

Menerusi entri itu, Diana mengakui segan untuk berkongsi mengenai penampilannya itu serta memohon orang ramai mendoakannya yang masih lagi belajar mengenai agama.

BACA: Basahkan Muka Dengan Wuduk Tips Cantik Diana Amir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

“Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya. Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib” tulisnya.

Turut memuat naik video temu bual bersama majalah Hijabista, Diana berkata dia memakai niqab kerana mahu mencari keberkatan dan keredhaan Allah.

Katanya lagi, keputusannya untuk berniqab adalah satu fasa untuk mendedkatkan diri kepada Allah dan ianya tidak melanggar syarak.

“Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik. Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah,” katanya.