Usia kandungan mencecah tujuh bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi, baru-baru ini foto yang dimuat naik oleh Elfira Loy menunjukkan perkembangan terbarunya yang sedang sarat hamil menjadi perhatian netizen.

Foto yang dikongsikan di Intagram itu ternyata mengejutkan netizen dengan perubahan Elfira dengan perutnya yang luar biasa besarnya. Malah ramai yang membuat spekulasi kandungannya itu adalah anak kembar.


BACA: Sarat Tujuh Bulan, Elfira Loy Cepat Letih & Tak Lalu Makan

Melihat ramai yang bertanyakan tentang perkara itu, Elfira dilihat membalas salah satu komen dengan mengatakan perut besar tidak bermakna hamil anak kembar.

Tidak kurang juga ramai yang meneka Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan bentuk perutnya. Bagaimanapun, Elfira sekali lagi dilihat membalas komen tersebut dengan menyifatkan ianya syirik membuat tekaan sebegitu.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Elfira yang kelihatan sangat berseri-seri meskipun sedang sarat hamil. Apa pun kami mendoakan semoga proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata sulung Elfira dipermudahkan dan berjalan lancar.