fbpx

Peminat Sokong Bella Astillah Kembali Dengan Aliff Aziz

Pernah memuat naik gambar bekas suami, Aliff Aziz sambil memberikan ucapan hari jadi yang romantis, Bella Astillah seakan memberi bayangan bakal berbaik semula. Hal itu sekaligus mencetuskan kemarahan netizen.

Menerusi entri terbaru, Bella berkongsi kegembiraannya dapat bercuti panjang. Di ruangan komen Aliff sempat bertanyakan sama ada Bella akan ke Singapura namun komen terbabit telah dipadamkan.

Jawapan ringkas Bella, “@aliffaziz91 see you soon love”, ternyata mengukuhkan lagi bayangan pasangan ini bakal berbaik. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan mendoakan pasangan itu kembali berjodoh.

Nampaknya ramai peminat yang masih mahukan mereka bersama semula. Selain mendoakan yang terbaik, ada juga mengatakan kadang-kala penceraian itu berlaku agar pasangan saling bermuhasabah diri masing-masing.

Terdahulu Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pelbagai kontroversi yang ditimbulkan Aliff membabitkan wanita lain dan mereka mengambil keputusan bercerai pada Mei 2019. (rtky/w)