fbpx

Peminat Siri TV House, Kita Akan Kehilangan Cameron Yang Kita Cintai

Kepada sesiapa yang mengikuti siri televisyen House M.D pasti kenal akan siapa Cameron yang wataknya di’bawa oleh Jennifer Morrison.

Sumber yang kuat menyatakan yang Jennifer Morrison akan meninggalkan siri televisyen kegemaran ramai itu dalam bulan November.

Kejutan ini bukan atas keputusan Jennifer Morrison, tetapi skrip di’tulis untuk watak Cameron meninggalkan Hospital Princeton-Plainsboro kerana isu yang masih tidak di’ketahui.

Ini antara hint bagaimana watak Cameron akan di’hilangkan & ini akan menjadi episod yang di’tunggu-tunggu;

  • Watak Cameron tidak akan mati seperti mana watak Kutner dalam musim ke-5.
  • Suami Cameron, Chase tidak di’keluarkan dan ada kemungkinan isu yang terlibat membabitkan rumahtangga mereka & Dr.House.
  • Penerbit memberi hint yang Cameron akan muncul sebagai watak tambahan dalam episod akan datang. Erm.

Menjadi antara watak favourite dalam siri televisyen ini, kehilangan Cameron bakal di’rasai dan tidak mungkin berganti dengan kehadiran Thirteen. We’ll see.