fbpx

Peminat Simpati, Luah Rasa Rindu Pada Da’i Syed

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kontroversi membabitkan pendakwah selebriti, Da’i Syed Shah Iqmal yang didakwa terbabit salah laku seksual.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Meskipun ramai yang mengecam pendakwah itu, namun viral di laman Twitter tanda pagar #StandWithDaiSyed yang dipercayai sebagai tanda sokongan terhadap selebriti itu.

BACA: Polis Terima Lima Lagi Laporan, Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

Menerusi tanda pagar itu, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan berharap Syed diberikan keadailan sewajarnya sepanjang tempoh siasatan.

Seorang netizen tampil mempertahankan pendakwah itu dengan mengatakan dia sentiasa mengutamakan ibunya dan berkata Allah sentiasa ada bersama dengan orang yang benar.

“Korang nampak Syed macam kurang didikan agama dan semua hentam dia tapi anda tahu tak dia sentiasa buat panggilan video ibunya sambil menangis dan menyanyi. Lepas tu simpan nombor ibunya dengan nama syurga.

“Allah bersama orang yang benar. Kuatkan diri dan abaikan orang yang kecam tanpa menggunakan akal fikiran itu. Kami sentiasa menyokong anda.

“Rindu nak tengok live Da’i Syed. Begitu hebat ujian seorang pendakwah. Semoga Da’i Syed bertabah dengan ujian ini dan semuanya cepat selesau. Kami merinduimu Da’i Syed,” tulis peminat.

Kata netizen itu lagi, dia rindu untuk melihat pendakwah berkenaan di Live Instagram dan berharap Da’i Syed tabah dengan semua ujian.

Dalam pada itu, ramai yang mengecam tindakan mewujudkan tanga pagar tersebut. Kata netizen ia hanya boleh diguna pakai selepas dia dibuktikan tidak bersalah. Netizen mengatakan tanda pagar itu trending bukan kerana ramai yang memberi sokongan sebaliknya rasa kurang senang.