fbpx

Peminat Shukri Yahaya Luah Hasrat Nak Bermadu Dengan Tya Adnan

Nampaknya penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2 tiada kesudahan lagi, apabila seorang wanita bertindak berani meluahkan hasrat untuk menjadi madu kepada isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Menerusi satu perkongsian Instagram, Tya memuat naik mesej wanita berkenaan yang berjanji untuk berkongsi kebahagiaan bersama. Malah, wanita itu yang mengakui tidak bekerja berjanji akan melakukan kerja-kerja rumah jika bermadu.

BACA: Isteri Shukri Yahaya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

“Boleh minta nombor WhatsApp? Akak janji tak buat jahat, akak ada niat baik ni. Nak berkongsi bahagia dengan Tya sebab akak orang susah belum bekerjaya. Akak boleh tolong Tya kat rumah. Nak sesama pergi Umrah dengan Tya,” tulis wanita itu.

Meskipun terkejut dengan perangai netizen tersebut, namun Tya sempat berseloroh meminta pengikutnya melayan wanita terbabit yang disifatkan kesepian. Malah katanya, dia sudahh pun menyekat akaun Instagram wanita berkenaan.

Tya mendirikan rumah tangga dengan Shukri Yahaya pada 20 November 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 4, dan Maleew Miqayl kini berusia 3 bulan .