fbpx

Bercakap soal kumpulan Kpop ni, tipulah kalau anda tak minat mana-mana group Kpop yang hebat seperti BTS, Big Band, EXO, GFriend, Blackpink dan banyak lagilah. Yang paling best ada satu peraduan menarik untuk anda sertai dan ini khas untuk peminat setia Kpop.

Peraduan tarian K-pop #TuneTalkgoesKrazy yang bakal diadakan pada 13 Ogos hingga 8 September ini akan buat anda temui selebriti Kpop yang terkenal secara percuma!

Yalah mana tak nya, hadiah juara dalam peraduan ini adalah percutian ke Korea serta tiket Konsert KPop! Bukan itu sahaja, tempat kedua dan ketiga pun bakal memenangi tiket percuma ke konsert Kpop LIVE di Malaysia.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk memenangi tiket percuma konsert Kpop LIVE ini bukan? Caranya senang sahaja!

Anda hanya perlu rakam tarian Kpop bersama maksimum 5 orang rakan diiringi lagu Kpop kegemaran mulai 13 Ogos sehingga 8 September.

Jangan lupa kongsikan video tarian Kpop tersebut di laman Instagram anda, hastag #TuneTalkgoesKrazy, #(Nama Kumpulan Anda) dan tag @tunetalk serta laman Instagram rakan-rakan kumpulan anda.

Pastikan akuan Instagram anda dalam status public, barulah boleh dapat beribu like dan komen. Video yang dapat banyak like pun diambil kira okey, jadi masa ini lah untuk minta kenalan anda like video tarian kpop anda tu.

Untuk memenangi peraduan ini, video anda perlu mendapat sebanyak like yang mungkin! So, pastikan akuan Instagram anda public. Lagi banyak like, lagi tinggilah peluang anda dan rakan-rakan untuk menang hadiah utama!

Ha bab pendaftaran pula, jangan lupa isi borang pendaftaran pertandingan dan borang pengesahan akan di hantar ke email anda.

Bagi yang minat gila dengan selebriti Kpop tu bolehlah join peraduan ini. Terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berusia 14 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut, layari link ini.