fbpx

Peminat Sejuk Hati Tengok Aisyah Aziz Bertudung

Baru-baru ini penampilan penyanyi Aisyah Aziz menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi Danieh Suffian.

Menerusi video itu, adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu mengenakan dress labuh longgar serta tampil berhijab menyanyikan lagu berjudul Kamu Yang Ku Tunggu yang dipopularkan oleh Datuk Rossa dan Afgan.

@danieshsuffian_

With the one and only @aisyaah_aziz !!

? original sound – Daniesh Suffian – Daniesh Suffian

Diruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat penampilan Aisyah itu malah ramai yang memuji kecantikan penyanyi itu secantik namanya.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut mendoakan agar Aisyah kekal istiqamah dan sentiasa mengekalkan imej yang sopan.