Susulan dakwaan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) usahawan Vivy Yusof dilapor menutup kedai fizikal, dUCk Scarves.
Terbaru, menerusi perkongsian di TikTok, seorang peminat jenama tersebut ada memuat naik video merakam suasana hari-hari terakhir operasi kedai tudung berkenaan yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur.
BACA: Vivy Yusof Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5
@siscomelcute detik2 hari berlalu di The duck scaves pavilion..pasni tak tau nk hunting tudung apa pula ye .#vivy #duck #duckscarves #vivyyusof
“Melawat hari-hari terakhir The dUCk Scarves. Lepas ini tak tahu nak hunting tudung apa pula,” tulis individu itu.
Difahamkan, kebanyakan kedai milik usahawan itu sudah ditutup sepenuhnya di beberapa lokasi.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih penutupan kedai berkenaan serta mengatakan meskipun harga jualan tudung tersebut mahal namun mereka memuji kualitinya.