fbpx

Minggu lalu, pkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah menfailkan cerai dan sudah dua bulan tidak sebumbuang dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story, Shila membuka peluang kepada para peminatnya berkongsikan apa sahaja bersamanya. Ramai yang berkongsi padangan terhadap apa yang dilalui penyanyi itu.

BACA: “Percayalah, Ini Adalah Jalan Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba…”

Kata netizen lagi, perceraian adalah peluang yang diberikan oleh Allah serta berharap Shila dapat membina kehidupan lebih bahagia selepas ini.

“Mangsa keganasan rumahtangga, saya tahu ia sukar untuk tinggalkan pendera kerana HUBUNGAN TRAUMA. Tolong jadi kuat, ia bukan salah kamu,” kongsi netizen.

“Bercerai merupakan satu peluang yang Allah beri untuk bina kehidupan baru, bahagia,” tulis netizen.

Sementara itu, ada yang meluahkan rasa rasa risau melihat wajah penyanyi itu nampak keletihan dan seperti tidak cukup tidur. Menjawab pertanyaan netizen, Shila mengakui dia sememangnya penat namun keadaannya baik-baik sahaja.

Terdahulu, Shila berkata semua orang mahukan kebahagiaan, dia sudah bertahun mencuba dan keputusannya itu adalah jalan terakhir.