fbpx

“Percayalah, Ini Adalah Jalan Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba…”

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah menfailkan cerai dan sudah dua bulan tidak sebumbuang dengan suami.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Shila berkata dia sentiasa mengutamakan anaknya dalam segala hal. Ujarnya, dia ada caranya tersendiri dalam mengendalikan masalah rumah tangganya.

BACA: Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Suami Enggan Keluar Rumah

“Untuk jadi ibu yang lebih baik, saya pilih diri saya. Sha buat keputusan sendiri untuk kendalikan masalah ini dengan cara Sha.

“Please jangan pandang rendah pada Sha cakap Sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain. Mungkin itu dulu, sekarang saya nak tentukan kehidupan saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata semua orang mahukan kebahagiaan dan dia sudah cuba bertahun. Ujarnya lagi, keputusannya itu adalah jalan terakhir.

“Percayalah, ini adalah jalan yang terakhir, dah bertahun Sha cuba. Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa. Sha cuma nak cakap kepada ibu-ibu dulu kat luar sana supaya jangan takut.

“Ramai yang suruh ibu-ibu atau bapa-bapa bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak.. tapi, ianya bukan perkara mudah..bila kita nak jaga anak dengan perasaan diri terdera, bukanlah satu environment yang sihat untuk tumbesaran anak,” katanya.