Lama tak dengar cerita mengenai pelakon popular Mira Filzah. Baru-baru ini, Mira ada memuat naik video transformasi wajahnya sebelum dan selepas disolek.
Menerusi video berkenaan, Mira dilihat agak pucat tanpa sebarang mekap namun berubah cantik menawan selepas disolek.
BACA: Amyra Rosli Pengacara Baru Nona, Ganti Mira Filzah
View this post on Instagram
Namun, lain yang dilihat oleh peminatnya yang menegur serta meluahkan rasa bimbang apabila melihat wajah pelakon itu dilihat semakin kurus dan cengkung.
Dalam pada itu, peminat turut tertanya-tanya adakah Mira tidak sihat serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon kesayangan mereka. Sementara itu, ramai yang memuji kecantikan Mira meskipun tanpa solekan.