fbpx

Peminat Oppa Yoo Seung-Ho Boleh Senyum Lebar

Demam K-Pop di Malaysia ini memang tiada kesudahan. Bagi yang gila-gila minat drama Korea terutamanya peminat setia Oppa Yoo Seung-Ho ada berita baik untuk anda semua. Bukan itu sahaja peminat Fattah Amin pun mampu tersenyum lebar dengan berita ini.

Peminat Oppa Yoo Seung-Ho dari siri I Am Not a Robot semestinya anda tidak mahu ketinggalan menonton drama oppa kesayangan anda. Bukan peminat setia drama Korea jika ada episod yang anda tertinggal.

Kali ini anda tidak perlu risau lagi untuk kejar masa kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan drama Korea anda. Sekarang ni ada satu aplikasi yang memang best dan gempak habis! Nak tahu aplikasi apa?

Nama aplikasi ni adalah NJOI Now.

Dengan aplikasi NJOI Now ini anda boleh layan di laman web atau nak lagi mudah muat turun sahaja aplikasi ini melalui Google Play atau App Store. Kemudian layanlah drama kegemaran anda sampai lebam.

Paling menariknya NJOI Now ini ada 18 saluran percuma termasuklah Astro Arena, Prima, Awani, Oasis, Maya dan sekarang NJOI Now ada Syok Syok Pass! Jadi bagi peminat Oppa Yoo Seung-Ho, anda boleh tatap wajah selebriti kesayangan anda dengan hanya akses Syok Syok Pass untuk RM5 bagi tempoh seminggu atau akses sebulan untuk RM10!

Bila dah ada Syok Syok Pass ni apa lagi anda boleh layan siri TV Korea dan Melayu yang terkini dan yang menariknya banyak lagi rancangan drama Korea yang ditayangkan pada hari yang sama dengan Korea seperti Mother dan Radio Romance.

Alaa peminat Fattah Amin janganlah sedih kerana anda masih berpeluang menonton drama Coffee Prince dan Suri Hati Mr Pilot dengan menggunakan aplikasi ini.

Dengan adanya aplikasi NJOI Now ini anda boleh tonton Fattah Amin pegang watak peniaga kedai kopi atau juruterbang. Hanya dengan daftar masuk ke aplikasi ini dan layan drama hero pujaan ramai ini sebanyak mana yang anda mahu.

Selain Coffee Prince, banyak lagi drama Melayu seperti Syurga Yang Kedua, Red Velvet, dan Lafazkan Kalimah Cinta yang anda boleh layan dengan aplikasi ni.

Jadi apa tunggu lagi? Dengan adanya aplikasi Syok Syok Pass NJOI Now ni anda boleh layan drama pukul 7 sambil baring je. Mudahkan?

Lepas ni tiada lagi alasan tidak sempat tonton drama Melayu atau Korea bila dah ada aplikasi Syok Syok Pass NJOI Now!