fbpx

Umum mengetahui pelakon Shaheizy Sam terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah selepas membantu kempen abang iparnya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Menerusi perkongsian Syatilla Melvin di Instagram, suaminya dikhabarkan menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian terbaru, Syatilla memaklumkan Sam telah pun selesai menjalani kuarantin pada 13 Oktober lalu.

BACA: Shaheizy Sam Ditegur Berpakaian Askar Tapi Gantung Tali Vape

Namun, lain pula cerita timbul apabila ada segelintir netizen mendakwa ternampak kelibat Sam dan Syatilla bersama rakan menikmati hidangan di sebuah restoran popular di Genting Highlands pada 3 Oktober lalu.

Susulan dakwaan tersebut, rata-rata netizen terkejut dan mempersoalkan adakah benar dakwaan berkenaan. Malah, ada yang mendakwa sempat mengambil gambar pasangan itu namun terpaksa dipadamkan.

Difahamkan, pada tarikh tersebut Sam sepatutnya masih lagi berada dalam tempoh kuarantin 14 hari seperti mana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan daripada Sam sendiri berhubung dakwaan berkenaan.