Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi didakwa melanggar SOP sebelum ini, nama selebriti terkenal Neelofa reda seketika daripada isu panas.

Terbaru, foto Neelofa menerusi Instagram bisnes miliknya bersama suami, Haris Ismail, @Markaztijaari menjadi perhatian ramai apabila menampakkan bentuk badannya agak berisi.

BACA: Neelofa Hadiahkan 10 Helai Tudung Buat Elyana

Menerusi foto tersebut, Neelofa mengenakan jubah berwarna sepadan dengan suaminya, dimana ada netizen mengatakan seolah kelihatan baby bump. Meskipun tiada pengesahan daripada Neelofa sendiri, namun rata-rata peminatnya meluahkan rasa syukur.

Terahulu, desas desus bekas pengacara MeleTOP itu hamil hangat diperkatakan sejak bulan lalu apabila dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut pada foto hari raya mereka.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.