fbpx

Peminat Nampak Baby Bump Isteri Fizo Omar

Baru-baru gambar dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga menjadi perhatian lebih-lebih lagi isterinya, Fazeera Nazri.

Menerusi ruangan komen foto tersebut, ada beberapa netizen mengatakan mereka ternampak baby bump pada perut isteri Fizo.

BACA: Fizo Omar Dedah Bercinta Dengan Isteri Ketika PKP

Malah, ada yang mengatakan bahagian perut isteri Fizo juga nampak lain seperti sedang berbadan dua. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah kerana Maryam bakal dapat adik dan menjadi kakak tidak lama lagi.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada Fizo mengenai perkara itu. Jika benar apa yang dikata netizen semoga proses kehamilan dipermudahkan dan kandungan membesar dengan sihat.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia 5 tahun.