fbpx

Peminat Nampak Baby Bump, Heliza Helmi Hamil?

Pejam celik sudah enam bulan penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi mendirikan rumah tangga degan usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Baru-baru ini, perkongsian video suaminya membuatkan ramai peminat teruja. Menerusi video itu, Mahadi dilihat bermain tenis sebelum Heliza masuk membawa kipas mini.

BACA: “Kenapa Heliza Helmi Jadi Macam Ni, Makin Hilang Warak”

“MasyaAllah.. Tengah main tenis pun ada orang masuk boleh kipaskan?? Eh jap, Siapa pemain, siapa pengipas?” tulisnya.

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila mata netizen tertumpu pada bahagian perut Heliza yang kelihatan seperti baby bump. Ramai yang teruja apabila ternampak seolah ada baby bump dalam masa yang sama netizen turut gembira melihat kebahagiaan pasangan itu.

Setakat ini, Heliza mahupun suaminya belum mengesahkan lagi mengenai perkara itu. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.