fbpx

Peminat Nampak Baby Bump, Elly Mazlein Kini Hamil?

Baru sahaja empat bulan bergelar kepada Cikgu Azlan, sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dihujani pertanyaan daripada netizen sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan berisi.

Bagaimanapun, Elly menjelaskan badannya semakin berisi kerana sangat bahagia disamping suami dan anaknya. Muncul di program MeleTOP semalam, rata-rata penonton tertumpu pada bahagian perutnya yang dilihat seakan ada ‘baby bump’.

BACA: Semakin Berisi, Elly Mazlein Kini Hamil?

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik fotonya dan berseliroh mengatakan bahawa perutnya nampak buncit kerana menikmati hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman.

View this post on Instagram

Alhamdulillah selesai tugasan @meletop bersama @nabilzira A. W. E. S. O. M. E .. Tq team @MELETOP @nabilzira ?????? . Tq juga buat @azuredzua sudi sediakn baju letopan utk kakak lina mlm ni.. Rmi DM kakak lina Tanya psl baju ni.. Apa2 bole ke ig @azuredzualookbook @azuredzualookbook baju mmg LOVE ??? . TQ juge buat my gorgeous @farahadibahismail byk mmbantu.. Love u @farahadibahismail & Amber ?????? . Earring dari @ida_hanicomb yg x penah mngecewakn kakak lina.. Tq @ida_hanicomb ??? . Tq smua buat kesayangan sudi to ton kami td.. ?????????? . Pewot moncet akibat mkn byk sedap namateyyyyyyyyy food dari @mastarcatering.official nasi daging Salai Masak Lemak, lamb BBQ, kuih dan sahabat handai memacam beria.. ????? . Buat tersyg .. tq Somi sudi teman adik keja rini .. adeeeee.. adikkk .. love u somi #nasiblakilawooo??

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein) on

Namun rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa itu adalah baby bump dan mengatakan pengacara itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Terdahulu, Elly berkata dia bersedia berkongsikan berita gembira kehamilannya apabila sampai waktunya nanti. Malah,  Elly juga pernah mengatakan dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata bersama suaminya itu.