fbpx

Peminat Minta Isteri Tauke Tabah, Bersabar

Sedang hangat isu perceraian rumah tangga Tauke Jambu, gambar anak mereka yang baru saja dilahirkan pula menarik perhatian ramai. Rata-rata ramai meminta Nadia bersabar dan kuat mengharungi dugaan ini.

BACA: Tauke Jambu Nafi Cerai, Dakwa Isteri Tidak Matang

Melalui Instagram, Nadia telah memuat naik buat pertama kali wajah anaknya yang diberi nama Zamatul Khayla Aydina. Dalam posting itu, Nadia turut meluahkan rasa sayang buat anaknya selepas apa yang terjadi.

Khabarnya gambar itu sudah pun dimuat naik tiga hari lalu namun sehingga kini masih mendapat perhatian netizen yang menyinggah dan meninggalkan kata-kata semangat buat Nadia.

Terdahulu, kecoh seketika apabila Nadia mengakui bukan lagi isteri kepada Tauke sejak masuk tahun baru ini. Malah lebih mengejutkan talak juga dijatuhkan hanya dengan kiriman Whatsapp.

Bagaimanapun dalam kenyataan lain, Tauke menafikan berita tersebut dan mendakwa isterinya masih tidak matang kerana mengadu damba kepada media sosial dan tidak kepada Tuhan. (rtky/w)