fbpx

Peminat Kritik Majlis Aqiqah Fizz Fairuz Mewah & Membazir?

Niat baik pasangan Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul anak mereka semalam nampaknya turut mendapat kritikan dan teguran daripada peminat yang beranggapan bahawa majlis tersebut adalah membazir dan tidak disyorkan di dalam agama Islam.

BACA: Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fizz Fairuz, Almy Nadia

Peminat Kritik Majlis Aqiqah Fizz Fairuz Mewah & Membazir? - ROTIKAYA_002

Namun di sebalik teguran yang ditulis peminat tersebut di laman sosial yang turut mempertikaikan majlis tersebut kerana campur aduk lelaki dan wanita, dalam masa yang sama turut mendoakan pasangan tersebut diberi hidayah oleh Allah.

Peminat Kritik Majlis Aqiqah Fizz Fairuz Mewah & Membazir? - ROTIKAYA_001

Semalam telah berlangsung majlis aqiqah anak Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia, Nur Afrina Arianna yang diadakan dengan cukup meriah. Selain itu, majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut turut diadakan buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah. (rtky/s)