Pasti ramai tahu mengenai hubungan cinta pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid bukan lagi rahsia.

Baru-baru ini, tular beberapa foto aktres itu bergambar bersama keluarga Akhyar selepas tamat perlawanan pasukan JDT menentang Sabah FC di perlawanan akhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu.

BACA: Netizen Patah Hati Tengok Eyka Farhana Dipeluk Kekasih

Malah, turut kelihatan foto Eyka bersama Akhyar dilihat tersenyum meraikan kemenangan pasukan JDT itu dan pemain bola sepak berusia 23 tahun itu meletakkan tangan pada bahu aktres berkenaan.

Foto tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat kedua-duanya yang kecewa dan patah hati serta mahu move on daripada Eyka dan Akhyar.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa pelakon cantik itu pernah menetap di rumah adik-beradik Akhyar Rashid ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PK) tempoh lalu selama sebulan lebih.