fbpx

Netizen Patah Hati Tengok Eyka Farhana Dipeluk Kekasih

Sejak kebelakangan ini nama pelakon Eyka Farhana menjadi bualan ramai apabila tampil seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Terbaru, video dimuat naik Eyka di aplikasi TikTok dimana pelakon itu membuat konten yang sedang trending buat masa kini di sebuah restoran.

BACA: Pakai Baju Tayang Dada, Netizen Body Shaming Aset Eyka Farhana

@misseyka.f

#freezeframe tak berapa nak jadi tapi takpela kan ????

? STFU – Digga D

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila kelihatan tangan seorang lelaki sedang merangkul badan pelakon itu dipercayai kekasihnya iaitu Akhyar Rashid.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminat lelaki yang kecewa dan patah hati melihat aksi mesra pelakon itu bersama kekasihnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen dapat meneka siapa pemilik tangan tersebut meskipun tidak didedahkan wajahnya dalam video berkenaan.

Umum mengetahui, hubungan Eyka dengan pemain bola sepak kebanggsaan, Akhyar Rashid bukan lagi rahsia, bagaimanapun pelakon berkata dia tidak mahu lagi berkongsikan mengenai kekasihnya di media sosial.