fbpx

Peminat Kecewa Nad Zainal Semakin Seksi

Perkongsian terbaru pelakon Nad Zainal menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto memakai gaun merah yang dikatakan terlalu seksi dan mencolok mata.

Menerusi entri itu, Nad Zainal berkongsikan beberapa keping foto memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baru lakonannya.

BACA: Nad Zainal Jijik Dengan Komen Lucah Lelaki Di Bulan Ramadan

Bagaimanapun, perkongsian foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan rasa kecewa melihat penampilan pelakon itu semakin seksi.

“Makin tunjuk benda tersembunyi. Mohon taubat semua. Saya pun perasan juga semenjak makin kurus ni, ish tak tahulah,” tulis seorang netizen

“Makin lama makin terbuka banda yang haram untuk ditayang, perlahan-lahan tutup aurat ya,” kata seorang pengikut.

Tidak kurang juga ada netizen yang menggesa pelakon itu segera bertaubat. Malah, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap suami pelakon itu  Muhammad Faliq Amirudin yang terpaksa menanggung perbuatan isterinya.