fbpx

Peminat Kecam Nur Sajat Buka ‘Aurat’ Pula

Umum mengetahui sekarang ini hati Nur Sajat tengah berbunga cinta dengan teman lelakinya yang dikenali Coach Yin. Memang banyak gambar mesra mereka di Instagram. Terbaru Sajat ada berkongsi gambar ketika mereka dan dua anak angkatnya meluangkan masa di taman tema air.

BACA: Sajat Dihentam Ramai Kerana Gambar ‘Darah Kotor’

Namun, apa yang menjadi perhatian disini adalah peha gebu Sajat yang bersahaja memakai bikini hitam bersama teman lelakinya yang juga hanya berseluar pendek, tidak berbaju. Ramai yang mula mempersoalkan isu aurat Sajat memandangkan beliau tegas mengatakan dirinya sebagai perempuan dengan memakai pakaian yang menjolok mata.

Menerusi entri itu, selain Sajat, Coach Yin juga turut menjadi mangsa kecaman peminat yang mendakwa beliau sebagai ‘geng kunyit’. Ada juga yang mempersoalkan tugas pihak berkuasa yang dianggap melihat saja hubungan ‘sejenis’ mereka. Tetapi apa yang lebih menarik lagi, ada pula yang mengangumi ‘kebahagiaan keluarga kecil’ mereka.

Apapun tidak kisahlah jantina apa sekalipun, masing-masing ada aurat yang perlu dijaga. Tidak salah untuk berkongsi gambar tapi mungkin lebih beringat dan menjaga sensitiviti sebelum memuat naik sesuatu. (rtky/w)