fbpx

Menerusi Instagram, Rita Rudaini meluahkan rasa kagum dengan minat mendalam yang ditunjukkan kedua anaknya dalam bidang sukan bola sepak apabila mereka melukis beberapa jenis kasut bola sepak.

BACA: “Anak Suruh Saya Cari Pemain Bola Sepak Jadi Ayah Baru”

Dalam posting itu, Rita memberitahu bertapa gembiranya anak-anak beliau jika mendapat kasut bola tersebut. Namun Rita mahu kedua anaknya turut berusaha dalam pelajaran sebelum memiliki kasut idaman mereka.

Di ruangan komen, ramai memuji bakat melukis kedua anak Rita yang melukis beberapa jenis kasut bola sepak. Ada juga peminat mendoakan anak-anak Rita suatu hari nanti menjadi pemain bola sepak hebat seperti bapanya.

Sebelum ini, Rita dikejutkan dengan permintaan anak-anaknya menyuruh beliau berkahwin dengan pemain bola sepak supaya dapat mengajar mereka bermain. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? (rtky/w)