fbpx

Peminat Goda Shuib Depan Mata Siti Sarah

Jika sebelum ini Shuib Sepahtu memang terkenal dengan kemanisannya mencorak rumahtangga, isterinya juga dalam masa yang turut berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran apabila melihat ada peminat yang cuba menggatal dengan suaminya itu.

“Secara jujurnya, perkara ini pernah berlaku di depan mata Sarah apabila ada peminat cuba menggoda Shuib. Bagaimanapun Sarah tak adalah sampai tahap nak pergi menyerang peminat terbabit”

“Sarah seorang yang percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku. Ada Shuib tunjukkan pada Sarah mesej nakal yang diterima daripada peminat. Sarah baca saja. Insya-Allah Sarah tidak pernah meragui kesetiaannya,” kata Siti Sarah kepada BH Online.

Selain itu, penyanyi ini juga turut menjelaskan bahawa dia turut menjaga badan bukan kerana suami namun di atas faktor kesihatan.

SUMBER: BH ONLINE