fbpx

Peminat Dakwa Daiyan Trisha Suntik Hidung

Pembedahan plastik dikalangan artis bukanlah sesuatu yang pelik namun tidak semua yang berani mengakuinya. Terbaru wajah Daiyan Trisha menjadi sasaran netizen yang mendakwa beliau menyuntik hidung menjadi mancung.

Tidak dinafikan wajah Daiyan yang semakin cantik persis selebriti seberang, Bunga Cinta Lestari tampak berbeza berbading dahulu. Di ruangan komen, ramai mendakwa Daiyan menyuntik ‘filler’ pada hidungnya.

Malahan setiap kali Daiyan memuat naik entri terbaru gambarnya, ada sahaja netizen bertanyakan soalan yang sama. Ada juga mengatakan Daiyan telah ‘memperbaharui’ keseluruhan wajahnya seperti hidung dan bibir.

Kami sendiri juga tidak pasti kesahihan dakwaan ini kerana Daiyan sendiri tidak membuat pengakuan. Apapun wajah asli rasanya lebih cantik dan manis dipandang berbanding cucuk sana cucuk sini bukan? (rtky/w)