fbpx

Peminat Dah Mula Panggil Neelofa ‘Mommy’

Sejak bulan lalu, foto Neelofa menjadi perhatian ramai menampakkan bentuk badannya agak berisi. Malah ada netizen mengatakan seolah kelihatan baby bump.

Malah, sebelum ini juga Neelofa dilihat beberapa kali memegang dan mengusap perutnya berulang kali menerusi IG Live. Kemudian foto dikongsikan Neelofa mencetuskan spekulasi netizen mendakwa selebriti itu berbadan dua.

BACA: Gambar Tutup Perut Neelofa Cetus Tanda Tanya Netizen

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh suaminya, PU Riz memaparkan isterinya itu turun padang menyertai aktiviti bantuan kepada golongan memerlukan menjadi perhatian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Rata-rata mata netizen lebih tertumpu ke bahagian perut dan memerhati bentuk fizikal bekas pengacara MeleTOP itu. Netizen juga mengatakan seri wajah ibu hamil kelihatan di wajah Neelofa.

Tidak kurang juga, ada yang mengandaikan usia kandungan Neelofa kini sudah mencecah empat serta ada yang memanggilnya sebagai ‘mommy’.

Dalam pada itu, ada yang memerhatikan tangan dan aksi Neelofa yang berjaket seolah cuba menyembunyikan bahagian perut dan fizikal semakin berisi.

“Dijangka dalam tiga atau empat bulan (usia kandungan) agaknya. Masih boleh ‘cover’ (sorok),” komen seorang netizen.

Biarpun sudah beberapa kali dakwaan netizen mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu hamil, namun masih tiada sebarang kenyataan daripada tuan badan sendiri.