fbpx

Peminat Bayar RM400 Untuk Keith Foo Basuh Kereta

Berapa duit yang sanggup anda keluarkan untuk seorang selebriti popular bekerja basuhkan kereta anda? Seorang peminat wanita baru baru ini berbesar hati untuk ‘mengupah’ Keith Foo sebanyak RM400 kerana mahukan pelakon itu membasuh keretanya.

Namun, ini bukan perangai pelik atau fetish semata mata kerana ianya dilakukan untuk satu projek amal program 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah hiburan popular URTV yang diadakan pada Sabtu lalu.

Keith Foo turut meluahkan rasa terkejut apabila ada peminat sanggup keluarkan duit sebanyak itu untuk menjayakan program amal ini.

BACA: Tidak Kisah Status, Keith Foo Rancang Berkahwin Tahun Hadapan

“Saya tidak menyangka yangada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Hasil keseluruhan bidaan serta cucian kereta pada program amal itu telah menjadikan sumbangan berjumlah RM2,390 dan akan diserahkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia. (rtky/m)