fbpx

Pemilik AuraWhite Dedah 7 Rahsia Jadi Jutawan Di Usia Muda

Bila kali terakhir anda berimpian nak bantu mak dan ayah di kampung hidup senang? Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia biasa, kita pastinya mengimpikan kesenangan demi kelangsungan hidup namun dalam masa yang sama harus diingat, setiap kejayaan itu datangnya daripada pelbagai faktor.

Untuk pengetahuan anda, pemilik AuraWhite, Datin Furyna bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan kegigihan beliau mengusahakan perniagaan membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan yang dicipta.

Kami kongsikan 7 rahsia yang sentiasa menjadi pegangan Datin Furyna yang membantunya untuk bergelar jutawan di usia muda. Siapa tahu, melalui perkongsian ini nanti bakal membuka jalan untuk anda berjaya.

Jangan Sombong

Ini perkara asas dalam membina kejayaan. Kalau sekarang mudah sangat rasa sombong, elok dibuang perangai tersebut. Baru berjaya sikit janganlah sombong dengan orang sekeliling. Kemudian bina hubungan yang baik dengan semua orang termasuk pelanggan kita.

Tidak mudah putus asa

Bak kata Datin, perjalanan menaikkan nama branding AuraWhite bukan mudah, pelbagai usaha dan kerja keras kena lakukan. Jadikan team anda berfikiran kreatif dan jangan selalu tiru orang. Adalah lebih baik kita sentiasa menjadi ikutan bukan kita ikut orang.

Jangan takut pada kegagalan

Jika anda jenis belum cuba lagi sudah takut gagal, kena buang perangai macam itu jauh jauh. Kena berani mencuba yang baru dan jangan selalu berfikir negatif sahaja. Setiap yang gagal pasti akan ada kejayaan, percayalah. Kita masa kecik nak belajar berjalan pun asyik terjatuh juga tapi lama lama berjaya juga, bukan?

Sentiasa memberi semangat

Pekerja adalah aset penting dalam syarikat sentiasa memberi semangat untuk mereka bekerja lebih kuat untuk syarikat. Sentiasa bekerja dalam kumpulan. Pastikan tiada jarak antara bos dan pekerja supaya mereka lebih selesa dengan kita untuk berurusan.

Selalu memperbaiki dan belajar untuk diri sendiri

Cuba mencari ilmu dan sentiasa berkawan dengan orang-orang berjaya untuk dijadikan mentor dan janganlah selalu pandang negatif pada orang lain. Asal tengok orang lain tunjuk kemewahan, tak semestinya dia tak bayar zakat atau bersedekah. Jangan kita bersangka buruk dan menabur fitnah nanti tutup punca rezeki kita. Jika selalu puji seseoarang adalah satu doa untuk diri kita sendiri juga.

Perlu bijak urus syarikat

Semua orang boleh berniaga tetapi sistem pengurusan syarikat perlu bijak. Tak semestinya duit syarikat adalah hak kita. Hak kita adalah duit gaji yang dibayar oleh syarikat. Duit syarikat adalah untuk syarikat lebih berkembang sebab itu perlu ada akauntan untuk mengawal duit syarikat. Sendiri songlap, sudahnya berkubur syarikat.

Banyakkan memberi bantuan

Sedekah amalan yang mulia kerana setiap kali kita memberi sudah pasti ada ganjaran akan kita dapat. Namun niat perlulah ikhlas membantu. Tak semestinya sedekah dari wang ringgit tapi sedekah ikut kemampuan kita sendiri contoh tak mampu dari segi wang ringgit boleh bantu dari segi pemberian barang atau perkhidmatan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan sumber inspirasi dan mengetahui lebih lanjut tentang Datin Furyna, follow Instagram Datin Furyna (@furynaazmeer) ini rapat rapat. Jadikan Datin sebagai mentor untuk anda keluarlah dari kepompong selesa dan berubahlah untuk menjadi seorang yang berguna.