fbpx

Pembantu Makmal Didakwa Bunuh Rakan Sekerja

Seorang pembantu makmal kolej vokasional Sultan Abdul Samad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Kuala Langat Selangor, hari ini, atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya 11 Julai lalu, yang juga seorang pembantu takbir di kolej bekenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan membunuh rakan sekerja sehingga menyebabkan kematian Zaimah Mahmod, 57 tahun.

Perbuatan yang dilakukan kira-kira jam 1.20 hingga 3.00 petang itu menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian selepas dipercayai ditikam dan dicekik rakan sekerjanya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul ‘Azhim Mohamad, 28 tahun, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Mohd Isa Md Nor.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum ini media melaporkan tertuduh melakukan perbuatan itu kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit.