Pelukis Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?

Nampaknya identiti suami baru pelakon Sharifah Sakinah seolah sudah terjawab apabila tular gambar di media sosial.

Menerusi satu tangkap layar yang diambil dari satu akaun Instagram Cyril Kongo, individu itu memuat naik gambar Sakinah dengan ucapan mesra ‘Happy Birthday Sayang’.

BACA: Sharifah Sakinah Sah Dah Kahwin Minggu Lalu

Difahamkan, pelakon itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 pada 28 Mei lalu. Hasil tinjauan di media sosial individu berkenaan, Cyril merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Pada April lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat.

Sakinah bagaimanapun memohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang sudah dikenalinya empat tahun lalu serta menunggu masa sesuai untuk kongsikan berita baik itu.

SUMBER: Xtra

×