Umum mengetahui seniwati Margaret Gan dikurniakan hidayah dan melafazkan dua kalimah syahadah pada tahun lalu ketika usia 79 tahun. 

Memetik Harian Metro, Margaret gembira mendengar perkhabaran rakan pelakon Ardini Angeline Tan baru yang memeluk Islam.

BACA: “Biarlah Usia Tua Kami Dalam Gembira” – Sabri Yunus, Angeline Respon Soal Zuriat

Margaret turut mendoakan agar Angeline dapat menjalani kehidupan Islam yang sebenar.

“Sebagai anak seni, kita mungkin sudah terbiasa dengan perangai yang gila-gila. Saya doakan dia dapat ikut cara hidup Islam yang sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Margaret mengakui kurang mendapat tawaran berlakon sebelum dia memeluk Islam pada Februari tahun lalu. Namun, dia berpegang pada prinsip untuk menanggalkan tudung.

“Mereka mahu saya lakonankan watak perempuan Cina. Mana ada perempuan Cina yang pakai tudung. Kalau watak mualaf, lainlah. Kalau watak ibu-ibu berbangsa Cina, memang tak kenalah,” katanya.

×