fbpx

“Peluk Ifa Raziah Sebab Sayang, Anggap Macam Kakak”

Senyap seketika dari sebarang kontroversi, nama pelakon Boy Iman sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memuat naik foto berpeluk sakan dengan penyanyi dangdut Ifa Raziah.

Menerusi gambar tersebut, turut disertakan kepsyen dan alasan mengapa dia memeluk Ifa Raziah. Menurut Boy Iman, dia memeluk Ifa hanya sekadar mahu menunjukkan tiga perkara iaitu Ifa sudah kurus, baju yang dipakai Ifa cantik sangat dan ketika mahu tunjukkan rasa sayangnya pada Ifa.

BACA: Netizen Tertipu, Ifa Raziah & Sheeda Hanya Propa

https://www.instagram.com/p/Blgw71UnsRz/?utm_source=ig_embed

Kata Boy Iman lagi, dia hanya meluahkan rasa kasih sayang kepada Ifa yang sudah dianggap sebagai kakaknya.

Tetapi nampaknya alasan yang diberikan Boy Iman itu tidak dapat diterima oleh netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dan tidak sesuai dengan imej Ifa yang berstatus isteri orang. Ada juga menghentam Boy Iman dengan mengatakan niat tidak menghalalkan cara walaupun sudah menganggap Ifa sebagai kakak sekali pun.

Seelok-eloknya lebih baik jangan dikongsikan perkara tidak sepatutnya di media sosial jika ianya hanya akan menjadi bahan kecaman netizen. Apa saja alasan diberikan, memang tidak manis berpeluk sakan dengan mereka yang bukan muhrim lebih-lebih lagi jika bergelar isteri atau suami orang.