Ada sahaja kontroversi terpalit Baby Shima sejak kebelakangan ini, malah netizen tidak henti mengecamnya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Kosmo, bagaimanapun Shima berkata dia membuat keputusan untuk tidak bergelek dalam undangan persembahan di Perak baru-baru ini selepas dikecam teruk oleh netizen.
BACA: “Kenapa Saya Saja Ditegur, Sedangkan Ada Artis Tayang Pusat, Menari Gedik?” -Baby Shima
“Tengoklah sendiri, saya menyanyi berdiri tegak tak gelek pun orang kecam kata saya propa acah baik dan suci. Memang saya menyanyi dalam keadaan berdiri tegak tanpa gelek seperti biasa anda lihat tu.
“Saya ambil positif teguran semua pihak dan ambil pendekatan untuk menyanyi saja tanpa gelek. Namun, itu membuatkan peminat kecewa dan ada yang marah saya usai persembahan.
“Kesudahannya anda tengok sendiri, saya tetap kena marah dan dikecam juga. Apa salah saya dan apa apa yang mereka mahukan sebenarnya?,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal hiburan berkongsikan luahan peminat yang kecewa dengan persembahan Baby Shima yang dikatakan kurang menyengat kerana tidak bergelek.
Menerusi perkongsian itu, seorang pengguna TikTok berkata dia hadir ke festival tersebut adalah untuk melihat Shima bergelek secara ‘live’ namun hasratnya tidak kesampaian.
“Kesian juga dia ni. Buatlah apa pun tetap kena kecam. Gelek kena kecam, tak gelek kena kecam. Dah kalau dia gelek kena marah dan hamun pula berbulan-bulan. Tak gelek pun kena juga. Agaknya kalau dia solat berjemaah secara live (langsung) dekat Masjidil Haram pun mungkin kena kecam juga,” tulis individu itu.