“Kenapa Saya Saja Ditegur, Sedangkan Ada Artis Tayang Pusat, Menari Gedik?” -Baby Shima
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dangdut Baby Shima apabila tular videonya menari ghairah dalam teaser video lagu bersama Datuk Seri Aliff Syukri sekaligus menimbulkan rasa kurang senang ramai.
Kemudian tular pula video penyanyi itu bergelek dalam satu majlis sehingga ada penonton lelaki tertunduk malu melihat aksi Baby Shima di atas pentas.
BACA: “Soal Halal Haram Rezeki Saya, Biarlah Allah Yang Tentukan” – Baby Shima
Memetik BH Online, Shima berkata dia tidak pernah mencetuskan kontroversi namun netizen yang suka meninggalkan komen berlebihan sedangkan penonton ketika itu terhibur melihat persembahannya.
“Berita disiarkan daripada sudut pandang berbeza, seolah-olah saya bergelek keterlaluan hingga penonton tertunduk malu. Sedangkan, penonton terhibur.
“Saya juga tidak bergelek berlebihan melainkan tarian mengikut rentak dalam video muzik. Sepatutnya netizen merasa penat, bukan saya. Ini kerana ada sahaja perkara netizen tidak puas hati, lantas tak berhenti mengecam,” katanya.
Dalam pada itu, Baby Shima menyifatkan teguran pendakwah bukan ikhlas, sebaliknya lebih kepada kecaman serta mempersoalkan mengapa dirinya sahaja menjadi sasaran.
“Jika teguran, seeloknya disampaikan terus kepada saya, seperti teguran seorang mufti yang memberikan pencerahan kepada saya.
“Tidak semua pendakwah tulus dan lurus, ada juga pendakwah terpalit isu negatif. Kita makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika saya salah, tegurlah secara peribadi. Bukannya menggunakan platform laman sosial, jadi tolonglah bersikap adil.
“Peliknya, kenapa saya sahaja ditegur, sedangkan ada segelintir artis menayang pusat dan menari tergedik-gedik dengan menayang aset, namun tak pula ditegur. Kenapa saya sahaja jadi sasaran?,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
sebab org lain buat nampak classy
u buat nampak cheap
org lain x try hard
u try hard sgt
nama baby pon dah nampak gedik
dah besar panjang guna le nama makcik shima ke…
Kenapa tak terfikir Allah yg gerakkan hati seseorang utk menegur…itu tanda org sayang……lagi 1, u gelek dgn suami org, bapa org…suami hajah shahidah dlm music video baru..mana otak dan perasaan malu dan segan? Susah nak ckp dgn orang belum matang atau takde sifat malu..padahal muka kampung je…lol
30 tahun nanti kau malu bila kau dah gemuk gedempong tengok balik gambar kau masa muda
Nape dia perasan dia sorg ke kena tegur? Netizen dok kecam Ifa Raziah, Kak KM, Scha pakai skirt pendek dan ramai lagi laa..retis bukak tudung pun ramai. bukan ko saje dikecam.
Kerana mereka sayangkan kamu, ingin kamu ke syurga..
Hakikatnya kesilapan dan kesalahan saorang insani bergelar manusia hanya zatwajibalujud tuhan bernama allah yang maha mengetahui dimata allah manusia tersebut berbuat salah dan dosa atau tidak, dan sebagai bangsa manusia kita cuma boleh memberikan teguran dan nasehat seadanya, jika teguran manusia ada berbau sindiran, penghinaan, atau kutukan, itu adalah satu kesalahan disisi zatwajibalujud tuhan bernama allah, allah taalla akan memberikan pahala atau dosa kepada bangsa manusia yang akidahnya amam ibadahnya serta peelnya mengumpat, mengata, memfitnah, serta menyebarkan keburukan insan lain, berhati hatilah wahai umati manusia jangan sampai segala amal ibadah kita berpindah kepada manusia yang kita kutuk,walaupun kita yakin kita konon konon nya dipihak yang benar.