Pelakon Wanita Popular Bakal Kahwin Dengan Datuk Ogos Ini?

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengenai seorang pelakon wanita popular dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang berpangkat Datuk.

Memetik Oh Bulan, pasangan tersebut dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan bulan Ogos. 

Berita mengenai pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga apabola pelakon tersebut dan pasangannya menghadiri ‘food tasting’ pada 24 Julai yang lalu.

Malah, majlis mereka di sebuah hotel terkemuka di Johor dan dikhabarkan hotel tersebut selalunya dikunjungi golongan T20.

Terdahulu, pelakon tersebut dikatakan sudah melangsungkan pertunangan di kediaman keluarganya di Johor Bahru serta  menghadiri kursus kahwin.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada pendedahan daripada pelakon tersebut mengenai perkara berkenaan. Apa pun kami mendoakan semoga urusan pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

×