fbpx

Pelakon Wanita Ditahan Positif Dadah

Sebentar tadi, Sinar Harian melaporkan polis daerah Nilai telah menahan seorang pelakon wanita semalam selepas didapati positif dadah.

Menurut ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman, pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal dan mendapati positif dadah jenis methamphetamine. Difahamkan, pelakon itu telah pun dilepaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.