Pelakon Veteran Abu Bakar Omar Meninggal Dunia
Dukacita dimaklumkan pelakon veteran Abu Bakar Omar dikhabarkan meninggal dunia pagi tadi di Kedah Medical Central selepas didapati mengalami masalah jantung.
Berita duka itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham sendiri, Mohd Zainuddin Abu Bakar menerusi sebuah posting di Facebook sebentar tadi.
“Di kemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.. Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa ayahanda kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke rahmatullah,” tulisnya.
Menurutnya lagi, jenazah Allahyarham bapanya akan disolatkan di Masjid Al Ghufran sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru selepas waktu Asar.
Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Allahyarham banyak membintangi filem dan drama tempatan. Antara filem popular Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.
Paling terbaru, Allahyarham membintangi drama Khilaf Terakhir yang ditayangkan pada Januari lalu.
Innalillahwainnalillah hirajioun…
Walaupun arwah tidaklah seglamour pelakon2 baru yang “gah” di media sosial, harapkan rupa tapi berlakon macam kayu tunggul, namun lakonan arwah sering menyentuh perasaan.
Kalau arwah berlakon sedih, memang jadi sedih. Kalau arwah berlakon jadi jahat atau watak yang menjengkelkan, memang boleh buat kita jadi sakit hati pula.
Semoga arwah berada ditempatkan bersama orang2 yg disayangiNya. Insha-Allah. Al-fatihah.
Innalillhiwainnaiilaihirojiun…beruntungnya aruah. Meninggal pada bulan ramadhan, hari jumaat.
Betul sgt tu Wewa. Seorg pelakun yg berkarekter. Menangis aku tgk dia dlm Ke Hujung Nyawa. Sgt jujur lakunannya. Semoga di dalam.golongan ahli syurga
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un…Semoga Allah mencuci rahmat keatas rohnya…Aamin.